tutup mulut

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang perpaduan
kerana kau tak pernah menghulur tangan untuk dipegang

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang pembangunan
kerana kau tak pernah sakit akibat jatuh

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang kemiskinan
kerana apa yang kau beri kau harap dipulangkan semula

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang politik
kerana badanmu tak bersih dari lumpurnya

tutup mulutmu dengan plaster
jika kau ingin bicara tentang merdeka
kerana kau sendiri masih menjilat kaki si mancung

tutup mulutku dengan plaster
kerana aku menyuruh
kau sendiri
menutup mulut kau dengan plaster



0001-070807

0 balasbalik:

Blogger Templates by Blog Forum